Zayn Calligraphy adalah sebuah syarikat persendirian yang berpusatkan HOME BASE, yang menawarkan perkhidmatan seni khat secara ONLINE bagi sesiapa yang ingin menempah atau membeli produk seni khat yang dibuat secara HANDMADE dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Ianya ditubuhkan sejak 1 JANUARI 2016 dan telah menerima sambutan yang baik dikalangan masyarakat di Brunei.
Zayn Calligraphy diusahakan secara persendirian oleh Muhd Hamizan Bin Begawan Mudim Hj Amran, 28. Beliau merupakan bekas graduan KUPUSB, dalam jurusan Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam minor Pendidikan Seni Islam. Beliau juga memiliki Diploma Seni Mushaf dari Kolej Restu, Shah Alam, Selangor. Beliau telah berkecimpung dalam bidang kaligrafi Islam sejak 2013 dan telah memulakan bisnes khat semenjak awal 2016. Beliau telah banyak mengikuti expo-expo di Brunei dan membuat bengkel khat di pelbagai tempat.
Diantara produk seni khat yang boleh ditempah ialah seperti membuat ayat atau nama orang di atas canvas, mini canvas, bookmark, keychain, notebook dan potrait khat + frame. Tempahan hadiah khat itu boleh dijadikan sebagai hadiah untuk majlis hari jadi, pertunangan, pernikahan, persaraan dan sebagainya.
Zayn Calligraphy juga menerima Tempahan untuk membuat logo khat untuk syarikat-syarikat, dapat mengadakan bengkel seni khat, mengajar khat dari rumah ke rumah dan membuat tempahan menulis khat di dinding rumah atau ofis.
Sebarang Tempahan/ bengkel/ expo tawaran, orang ramai boleh menghubungi melalui Instagram @zayn.calligraphy dan WhatsApp 7283011
Comments
Post a Comment